SERVIS MENGASAH PISAU
“Pisau tumpul? Kami tajamkan!!”
Pisau tumpul bukan saja melambatkan kerja dapur, malah berbahaya bila tergelincir. Kami sediakan servis asahan berkualiti tinggi, Knife Repair untuk mata sumbing, dan sarung Kydex custom terus dari bengkel kami di Dungun. Anda boleh walk-in terus ke butik kami atau pos dari seluruh Malaysia.
Kelebihan Servis Asahan Kami
Tajam Semula Macam Baharu
Mata bilah diasah mengikut sudut asal kilang supaya potongan lancar dan kemas.
Keluli Tak Hangus
Asahan menggunakan batu dan kawalan rapi agar kekerasan keluli tidak terjejas (no overheating).
Kerja Lebih Mudah & Cepat
Memotong daging, sayur dan proses sembelihan jadi ringan tanpa perlu tenaga berlebihan.
Diuji Sebelum Diserah
Setiap bilah kami uji potong kertas dahulu sebelum diserahkan semula kepada pelanggan.
Jenis Perkhidmatan & Senarai Harga
Harga telus mengikut saiz bilah & keadaan mata pisau

1. Asahan Biasa
Termasuk sumbing halus kurang daripada 1mm. Sesuai untuk pisau harian dapur, sembelih & lapah.

2. Knife Repair
Untuk kerosakan sumbing lebih dari 1mm. Pisau diasah semula & dibentuk balik untuk buang bahagian rosak, supaya hasilnya lebih tajam dan kemas.
Servis Urgent / Express
Tambahan RM10 untuk setiap pisau. Siap segera / giliran ekspres di bengkel (tertakluk kepada ketersediaan tukang asah).
Cara Menghantar Pisau Anda
Hantar Terus atau Pos
Hantar terus ke butik kami di Dungun, atau balut bilah dengan selamat menggunakan kadbod tebal dan poskan ke alamat kami.
Pemeriksaan & Pengesahan
Tukang asah kami memeriksa ketebalan sumbing dan sudut bilah, kemudian mengesahkan harga sebelum kerja asahan dimulakan.
Ambil di Kedai / Pos Semula
Ujian potong kertas dibuat untuk memastikan ketajaman optimum. Ambil di kaunter atau kami kurierkan kembali dengan selamat.
TEMPAHAN SARUNG KYDEX
Custom Made • Tahan Lasak • Ringan • Kualiti Premium | Dibuat khusus mengikut bentuk bilah pisau anda di Dungun
Ikut Ketebalan Kydex
Harga dikira per inci panjang bilah pisau anda.
Tambahan (Add-on)
Liner lapik dalam lembut & klip tali pinggang taktikal.
Kira Harga Sarung Kydex Anda
Pecahan Pengiraan
*Harga tepat akan disahkan selepas ukuran sebenar bilah pisau anda disemak di bengkel.
Perkhidmatan Bengkel Lain
Laser pisau, sarung Kydex custom & knife repair

Ukiran Laser Nama, Tulisan Jawi & Logo Pada Bilah
Ukiran kekal berkontras tinggi untuk kegunaan sendiri, cenderamata eksklusif atau hadiah. Dilakukan terus di bengkel kami di Dungun.
Ada pisau tumpul atau perlukan knife repair?
Hantarkan gambar pisau anda melalui WhatsApp. Kami akan berikan anggaran harga dan masa siap dengan pantas.
📞 013 255 9259 (WhatsApp / Call)
