Penghantaran ke seluruh Malaysia | Ambil percuma di butik Dungun
Pengedar Sah PiRGE Malaysia | Dungun, Terengganu

Bermula dari minat yang mendalam terhadap seni pertukangan bilah dan ketajaman pisau, kami bukan sekadar menjual pisau siap, malah kami faham selok-belok jenis keluli, sudut asahan mata bilah, dan keseimbangan pemegang semasa memotong.
Di butik kami di Dungun, kami menyediakan: • Koleksi lengkap pisau asli PiRGE dengan jaminan rasmi 5 tahun • Bengkel asahan profesional dan Knife Repair untuk memulihkan bilah sumbing • Tempahan sarung Kydex buatan tangan mengikut bentuk pisau anda • Servis ukiran laser nama, tulisan Jawi, nombor siri atau logo
Sama ada anda suri rumah yang mahukan pisau dapur yang tajam dan selesa, tukang masak katering, chef restoran, atau tukang sembelih korban, kami sedia membantu anda memilih pisau yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Jemput singgah ke butik kami atau hubungi kami terus di WhatsApp.