JIKA PRODUK CACAT ATAU KAMI TERSILAP HANTAR
Setiap bilah pisau kami periksa rapi sebelum dibungkus. Namun jika anda menerima produk yang mempunyai kecacatan kilang atau kami tersilap menghantar model pisau:
1. Ambil gambar atau video pisau yang diterima.
2. Hubungi kami melalui WhatsApp di 013 255 9259 dalam tempoh 7 hari selepas bungkusan diterima.
3. Kami akan gantikan dengan pisau baharu atau pulangkan bayaran penuh anda. Kos pos pemulangan kami tanggung sepenuhnya.
PERKARA YANG TIDAK DILIPUTI
• Pisau yang rosak akibat salah guna (contoh: memotong tulang keras atau makanan beku menggunakan pisau hiris nipis).
• Pisau yang telah dibuat ukiran laser nama secara custom (kecuali jika kesilapan ejaan berpunca daripada kami).
• Pisau yang berkarat kerana dibasuh menggunakan mesin pencuci pinggan (dishwasher) atau dibiarkan basah di dalam sinki.
• Pertukaran fikiran (change of mind) selepas produk dibuka atau digunakan.