Ya, 100% tulen dari Turki. Kami adalah pengedar sah jenama PiRGE di Malaysia. Setiap bilah pisau diimport terus dari kilang PiRGE di Bursa dengan jaminan rasmi 5 tahun daripada pengeluar.
Ada buat penghantaran ke Sabah dan Sarawak?
Ada. Kami pos ke seluruh Malaysia menggunakan J&T Express. Kadar pos adalah RM10 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah, Sarawak & Labuan. Bungkusan dibalut tebal dengan kadbod khas demi keselamatan bilah.
Boleh ke saya ambil pesanan sendiri di kedai?
Boleh sangat. Pilih pilihan 'Ambil sendiri di butik' semasa checkout untuk jimat kos pos. Datang terus ke butik kami di Dungun, Terengganu. Kami akan WhatsApp anda sebaik sahaja pesanan siap dibungkus di kaunter.
Boleh asah pisau jenama lain selain PiRGE?
Boleh. Kami terima semua jenis pisau dapur, pisau lapah dan sembelih daripada pelbagai jenama. Anda boleh bawa terus ke kaunter bengkel di Dungun atau poskan pisau kepada kami dari mana-mana negeri.
Boleh tempah sarung Kydex untuk pisau saya sendiri?
Boleh. Kami buat sarung Kydex custom mengikut bentuk dan ukuran tepat bilah pisau anda. Bawa pisau ke butik atau hubungi kami di WhatsApp untuk tetapkan warna dan ketebalan Kydex yang anda mahu.
Boleh baiki pisau yang sumbing teruk atau hujung patah?
Boleh. Melalui servis Knife Repair kami, bahagian mata yang sumbing atau hujung patah akan diasah dan dibentuk semula supaya elok dan tajam balik. Hantar gambar pisau ke WhatsApp kami untuk kami semak tahap kerosakan.
Macam mana jika pisau sampai dalam keadaan rosak atau salah item?
Jangan risau. Ambil gambar dan hubungi kami di WhatsApp dalam tempoh 7 hari. Kami akan gantikan dengan pisau baharu atau pulangkan bayaran anda tanpa banyak soal. Kos pos pemulangan kami tanggung sepenuhnya.
Macam mana cara terbaik nak jaga pisau supaya tahan bertahun-tahun?
Lepas guna, basuh pisau dengan sabun biasa dan span lembut, kemudian terus lap sampai betul-betul kering sebelum simpan. Jangan sesekali rendam dalam sinki atau guna mesin pencuci pinggan (dishwasher).